Kemajuan Sains dan Teknologi (S&T)
merupakan satu ciri sebuah negara maju. S&T perlu dibangunkan
sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi dan menjadi penggerak kemajuan
sesebuah negara. Hubungan S&T dengan ekonomi sangat rapat. Sesebuah
negara yang maju ekonominya tetapi tidak ada aktiviti S&T ibarat
manusia yang hidup sihat tetapi tidak punya 5 pancaindera. Manakala
negara yang maju S&T tetapi tidak mantap ekonominya, ibarat manusia
yang lengkap pancaindera tapi tidak bertenaga. Kesan kedua-dua keadaan
ini ialah negara akan bersifat statik. Malah mungkin akan jadi mundur.
Sebaliknya perkembangan menggalakkan dalam kedua-dua bidang (S&T dan
ekonomi) membolehkan sesebuah negara menjadi dinamik dan berkembang.
Maka mutu dan taraf hidup masyarakatnya akan meningkat.Antara faktor perkembangan ekonomi ialah
kemajuan S&T. Ini kerana aktiviti ekonomi banyak bergantung kepada
teknologi, dan ianya berkait rapat pula dengan kemajuan sains. Melalui
penyelidikan sains, banyak teknologi baru dapat dibangunkan. Kemajuan
teknologi membolehkan peralatan-peralatan baru dibina bagi tujuan
aktiviti ekonomi. Bidang perindustrian, misalnya, banyak bergantung
kepada teknologi. Antaranya keperluan dalam pembinaan bangunan,
kemudahan infrastruktur dan alat pengangkutan, serta penggunaan
mesin/robot dalam sektor pembuatan. Bidang perindustrian merupakan
antara faktor kepada kemajuan ekonomi moden. Tanpa S&T, industri
mungkin tidak akan berkembang. Akibatnya aktiviti ekonomi sesebuah
negara tidak dapat berlaku dengan berkesan. Ini akan menjejaskan
pendapatan dan hasil ekonomi sesebuah negara industri seperti Malaysia.
Matlamat meningkatkan keupayaan S&T
berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap
teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang
berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang
canggih."
MINT - 1972
Telah ditubuhkan pada 1972 dan dikenali
sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail. Pada Jun 1983 PUSPATI
ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) dan diletakkan di bawah
Jabatan Perdana Menteri. Pada Oktober 1990, UTN telah dipindahkan
menjadi sebuah institut penyelidikan teknologi nuklear terunggul di
bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dikenali sebagai MINT
(Malaysian Institute for Nuclear Technology) pada 10 Ogos 1994. Ia
bertanggungjawab memperkenal dan mempromosikan penggunaan sains nuklear
dalam pembangunan negara.
MIMOS - 1985
Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia
atau (Malaysian Institute of Microelectronic System) ditubuhkan pada
tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan
menjadi sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada
bulan November 1990. MIMOS bertanggungjawab membantu melaksanakan R
& D kepada industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih
competatif dan inovatif.
Malaysia East Asia Satellite - 1996
MEASAT (Malaysia East Asia Satellite)
merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan
dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. Sehingga awal 2007,
jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang
direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center (dahulunya
Boeing Satellite Systems). MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996
dan MEASAT-3 pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan
khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia
dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada
Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.
Koridor Raya Multimedia - 1996
Koridor Raya Multimedia adalah satu
inisiatif menarik dari Malaysia untuk industri global informasi dan
teknologi (ICT). Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir
semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Juga
dikenali sebagai "MSC MALAYSIA" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia
bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak
di Malaysia dengan menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara
serta kemudahan-kemudahan berteknologi tinggi. Multimedia Development
Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia
perkembangan MSC.
7 Aplikasi Perdana e-Government - 1996
Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020,
satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh inovatif Aplikasi
Perdana. Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC
Malaysia dan mencipta utopia multimedia untuk pengusaha-pengusaha dan
penguna-penguna yang inovatif di pelbagai bidang multimedia teknologi.
Multimedia Super Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik untuk rakyat
Malaysia di era informasi ini. Tujuh aplikasi perdana MSC ialah
Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagai guna, Sekolah Pintar,
Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan
Teknologi.
Taman Teknologi Malaysia - 1996
Taman Teknologi Malaysia atau
(Technology Park Malaysia-TPM) diwujudkan di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan
teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian. Objektif utama TPM
ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dijana oleh
organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan. Tumpuan
adalah terhadap promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi
aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan
institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.
ASTRO - 1996
Astro merupakan penyedia perkhidmatan
televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah MEASAT
Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan
dan perdagangan. Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan
hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio. Mulai 31
Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan memperkenalkan 3 saluran
jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran
baru yang lain ialah CCTV4, WaTV, Animax dan Zee TV. Selain itu, mulai
28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4 lagi saluran baru iaitu
Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial
ke-enam Malaysia TV9.
MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia
untuk memberikan kemudahan kepada orang awam melalui sekeping kad
pintar untuk pelbagai aplikasi. Tidak seperti kad-kad lain yang sedia
ada, MyKad menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan swasta di dalam
satu kad. Tambahan pula, MyKad yang berdasarkan teknologi kad pintar
direkacipta agar berupaya untuk memuatkan pelbagai aplikasi baru di masa
akan datang. Teknologi di sebalik sistem kad pintar adalah teknologi
cip dan biometrik. MyKad menggunakan teknologi terkini yang
menggabungkan pelbagai ciri keselamatan. Di antara ciri-ciri tersebut
adalah pengesahan kad melalui kunci kriptografi yang simetrik. Sistem
pengendalian pelbagai aplikasi dengan "firewall" dan platform cip yang
selamat.
My Government - 2006
myGovernment adalah singkatan untuk
Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment merupakan
gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia
melalui Internet. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web
agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan
Perdana Menteri.